Friday, May 13, 2011

Perlindungan Usia Emas – Takafulink Wanita

Perlindungan Usia Emas – Takafulink Wanita


Posted in category Takaful

Usia emas sering dikaitkan dengan ketidakupayaan untuk melakukan kehidupan seharian seperti biasa. Justeru, pelan Takaful Wanita akan memberi perlindungan dalam bentuk pampasan kewangan jika berlakunya hilang upaya berpanjangan (minimum 6 bulan) untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti-aktiviti seharian berikut:

  • Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  • Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  • Keupayaan mengawal fungsi dubur dan pundi kencing untuk menjaga kebersihan peribadi
  • Memakai dan menanggalkan segala pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.
  • Keupayaan membersihkan diri dalam bilik air atau bilik mandi atau sebarang cara lain membersihkan diri.
  • Semua proses memasukkan makanan ke dalam badan apabila ia telah disediakan.

No comments:

Post a Comment