Follow by Email

Wednesday, September 7, 2011

Kita bukan isteri atau anak Perdana Menteri......( sindiran untuk kesedaran )


Kita bukan isteri atau anak Perdana Menteri......( sindiran untuk kesedaran )

hanya coretan jangan tersinggung
 

Kita bukan isteri atau anak perdana menteri.... 
Kalau isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sebab semua free, 
sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US, 
Ratus - ratus ribu, high class facilities, 
Kerajaan tanggung in and out, 
buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi, 
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon, 


Kita bukan Azean Irdawati, 
Aktress yang terkenal pun tak lepas dari kanser, 
Ye la kanser tak pilih bulu, 
Pun tak cukup duit rawat kanser, 
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam-macam mintak derma, 
masuk TV3 mintak ringankan beban, 
macam-macam persatuan bagi derma, 
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ? 
RM 90 000 bukan senang nak cari, 
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000, 
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni, 
Tak masuk drama dan iklan, 
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi..... 
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ? 
RM 30000 ? alahai sedihnyer.... 


Kanser tak pilih bulu, 
hari ni sihat bulan depan tengok-tengok kanser dah stage 3, 
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm, 
1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ???? 
bila giliran kiter agaknyer ?? 
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker? 
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan, 
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding.... 
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap, 
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan, 
macam mana nak cepat sebab kita bukan isteri perdana menteri.... 
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta, 
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes, 
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer, 
tak masuk rawatan yang lain, 
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah, 
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...) 
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih.. 
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ? 
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000.. 
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000, 
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment... 
Ni pun tak boleh paham ker ? 


Setengah orang kedekut.. 
kalau tak kedekut mungkin tak paham, 
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye, 
beli emas Ribu - ribu sanggup, 
tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal, 
sedangkan benda ni wajib + penting, 
dana kecemasan la katakan, 
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper, 
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you, 
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan, 


Insurans Mahal ? 
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ???? 
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda, 
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja, 
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance, 
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib, 
Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan, 
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan..... 
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh.. 
Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurance, 
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan... 
Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer, 
Bila orang suruh beli takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar...... 
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua.... 


Orang Kerajaan berlagak, 
Penyakit dan rawatan semua di tanggung, 
Betul tu, 
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner, 
Kita bukan isteri Perdana Menteri, 
Bukan juga adik Menteri, 
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh, 
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ? 
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer, 
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni, 
OK tunggu result 2 minggu, 
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi, 
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran, 
mintak maaf cakap, inilah realiti.....


Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri, 
Konon - konon Multi Nasional Company... 
Majikan Cover la katakan... 
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ? 
8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ???? 
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah... 
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance.. 
golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita, 
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram... 
sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan... 
kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri... 
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical... 
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia, 
Tapi sampai bila ? 
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia, 
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare... 
kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer.. 
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak... 
Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia, 
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus... 
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper...Majoriti mudah dalam tangan... 
Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa... 
Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada, 
US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya... 
Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal...murah... 
Sikit hari lagi, depa pakat - pakat pindah Operasi p Bangla... 
Hampa ternganga.... 
Tu pun masih tak sedar diri lagi...... 


IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser, 
Hospital Kerajaan nih, 
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini, 
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin, 
ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG, 
boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ? 
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah..... 
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah.... 
Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler... 
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ?? 
Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper .... 


Ibarat guna Kad kredit ler, 
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard, 
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...) 
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada, 
Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare.. 
Sama juga kes you, 
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah, 
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat...( dengan coverage insuranse la yer...) 


Kanser bila dah kena, keluarga merana, 
isteri kena kanser suami merana, 
suami kena kanser isteri merana, 
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer, 
Kesian anak2... 
Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000, 
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer.. 
dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik.. 
kalau takdak insurans.....masuk paper ler mintak derma.. 
tanggung sakit memang perit, 
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih, 
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer, 
Kalau dah sampai ajal, pergi jua... 
Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik, 
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri, 
sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit..... 


Suami-suami yang menyayangi isteri... 
Isteri - isteri yang menyayangi suami.. 
Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri, 
Suami belikan takaful untuk isteri... 
Takkan isteri nak beli untuk suami.. 
apa2 pun bolehlah... 


Nasihat saya, 
Takaful / Insurans hanya boleh dibeli dengan kesihatan, 
You mampu bayar RM 500 sebulan pun, bila dah sakit, orang tak pandang dah, 
Nukilan ni bukan nak perli saper2, 
Just nak bukak minda jer, 
mintak maaf kalau ada yang teraser, 
Sementara sihat, eloklah beringat... 
Bila dah sakit......Wallahulalam.... 
Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...hatta Menteri sekali pun..... 

Sumber : 
Majlis Kanser Malaysia MAKNA 
www.makna.org.my 


Petikan dari coretan seorang Hamba Allah yang banyak menberi kesedaran Insurans Takaful kepada Bumiputera

Sunday, August 21, 2011

Takafulink Hajj Simpanan Untuk Menunaikan Hj Di Mekah

Takaful Haji
SIMPANAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH


PENGENALAN

Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.


Takaful Haji adalah satu pelan simpanan berserta perlindungan yang di bentuk sebagai alternatif kepada umat Islam selain simpanan di Tabung Haji dalam membuat persediaan kewangan bagi membiayai keperluan untuk menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah. Tabungan ini juga berfungsi sebagai simpanan persaraan kedua selain KWSP/pencen bagi memastikan setiap orang mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menikmati hari persaraan yang lebih sempurna.

Kenapa anda perlu memilih Takaful Haji ?

1. Simpanan pencarum akan menjadi PERCUMA & dibayar oleh MAA Takaful jika berlaku penyakit kritikal ke atas pencarum

2. Jika berlaku kematian awal/ hilang upaya kekal sebelum simpanan ke Tanah Suci Mekah mencukupi - UPAH HAJI akan di buat kepada pencarum Takaful Haji

3. Perlindungan di Mekah, pencarum akan di bayar sehingga RM 50,000.00 jika berlaku KEMATIAN/KECEDERAAN semasa menunaikan UMRAH/HAJI

4. Khairat Kematian sebanyak RM 7,000.00 di bayar dalam masa 24 jam kematian

5. Simpanan boleh di HIBAH/WASI kepada orang tersayang

6. Pulangan tinggi ( antara 7% - 10% setiap tahun )

7. Simpanan secara berdisiplin & berterusan - memastikan niat ke Tanah Suci tercapai


Friday, May 13, 2011

MAA Takaful-The Best In Its Class


Akaun Peserta

Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:

  • Akaun Pelaburan Peserta (PIA) – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
  • Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) – PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.

Dana-dana Takafulink

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi perlaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth

  1. Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi perlaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah Balanced

  1. Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah Income

  1. Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
  2. Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.

Dana MAA Takaful Flexi Fund (Baru)

  1. Dana fleksibel yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
  2. Dana ini diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik 2009.

Ke semua dana-dana di atas diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management.

Peruntukan Caruman Takafulink
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000).


Caruman yang diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA Shariah pilihan anda. Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyaj RM850 digunakan untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut. Sebahagian daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen agen.

Siapakah Yang Layak

Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.

Caruman

Caruman minima adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Tiada nilai maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai perlindungan yang akan anda perolehi.

Apakah Pilihan Yang Disediakan

  • Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Perlaburan Peserta (PIA) untuk menyeleseaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
  • Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Perlaburan Peserta (PIA).
  • Selain itu, anda juga boleh menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukan ditolak RM25 adalah disediakan untuk perlaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan

Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersaman Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda bagi maklumat lanjut.

  • Special Contributor Benefits
  • Critical Illness Super
  • Critical Illness Plus
  • Juvenil Critical Illness
  • Improved Accident Indemnity
  • Khusus Protection
  • Ziarah Protection
  • Waiver of Contribution on Dread Disease
  • Wanita Illnesses Protection
  • Wanita Maternity Protection
  • Wanity Golden Protection
  • Hospital &Surgical Benefit
  • Hospital Benefit
  • Smartmedic Riders

Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan perlaburan syariah MAA Takaful.

Lebihan Akaun Pelaburan Peserta (PRIA)

Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh para peserta dan pengendali takaful mengikut nisbah 50:50.

Nilai Asas / Manfaat Asas

Apa yang menarik mengenaik pelan ini ialah, anda boleh meletakkan berapa manfaat asas yang diperlukan dan konsultan akan memberikan sebut harga berdasarkan manfaat asas yang diinginkan. Manfaat asas di sini merujuk kepada manfaat kematian dan hilang upaya kekal.

Anda boleh meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh mencecah jutaan ringgit. Berikut adalah contoh pelan MAA Takafulink dengan nilai asas RM1 Juta!:

Nama : Encik Y
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan : Hanya RM8,000 setahun atau RM666.66 sebulan

Perlindungan / Manfaat :-

  • Pampasan Kematian (Biasa) – RM1,000,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) – RM1,000,000
  • Pampasan Kematian (Kemalangan) – RM1,100,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan) – RM1,100,000
  • Elaun Hospital – RM200 / hari
  • Perlindungan 36 Penyakit Kritikal – RM200,000
  • Pengecualian Caruman – RM8,000 setahun
  • Kecacatan akibat kemalangan – bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak RM100,000

JANGKAAN PULANGAN PELABURAN / SIMPANAN**

Selepas 15 tahun sumbangan – RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413

** pulangan pelaburan / simpanan adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin – bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF – 100%)