Friday, May 13, 2011

Keperluan & Kewajiban Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh.

Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan.

Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna.

Sebanyak manapun wang yang diperoleh, jikatidak membuat perancangan yang betul, RM akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.

Mengapa perlu menabung:


• Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan.( emergency fund - sekurang kurang 6 bulan gaji ) . Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.

• Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga. Wang simpanan di dalam akaun 1 tu eloklah di agihkan sedikit ke Unit Amanah untuk digandakan.


• Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk berniaga

• Keperluan pendidikan anak-anak, melancong dll

Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 1 peratus hingga 3 peratus.

Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbas pulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 4 peratus. ( APAKAH ANDA PASTI 4% atau LEBIH )


Antara kelemahan menabung di bank ialah:

• Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.

• Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak mampu untuk melindungi susut nilai mata wang.

• Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila- bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang simpanan mungkin akan habis begitu sahaja. ( PARKING ACCOUNT )


Antara kebaikan menabung di bank ialah:

• Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.

• Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing.


Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda.

Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.

No comments:

Post a Comment